15 Cara Menggunakan Minyak Kelapa Dara Dalam Kehidupan Seharian

Produk minyak kesihatan tempatan iaitu Virgin Coconut Oil (Minyak Kelapa Dara) memang sangat membanggakan kerana telah memecah masuk pasaran sehingga ke luar negara seperti di Timur Tengah, Eropah & Amerika. Cara menggunakan minyak kelapa dara (VCO) ini bukannya hanya untuk luaran sahaja malah boleh diambil untuk kegunaan dalaman. Khasiat minyak kelapa dara memang sangat banyak & bergantung kepada apa tujuan anda menggunakan minyak kelapa dara.

Ramai yang tertanya-tanya, siapa yang boleh guna minyak kelapa dara? Sebenarnya, semua jenis lapisan masyarakat boleh menggunakan minyak kelapa dara baik untuk bayi, ibu mengandung, orang berpantang, warga emas & sebagainya. Minyak kelapa dara merupakan minyak organik & semulajadi yang boleh digunakan sebagai amalan awet muda ataupun untuk merawat beberapa jenis penyakit. Untuk kesan yang positif, pastikan anda dapatkan minyak kelapa dara atau Virgin Coconut Oil ( VCO) yang 100% ORGANIK & tanpa bahan kimia.


Cara Menggunakan Minyak Kelapa Dara Secara Dalaman & Luaran

Khasiat minyak kelapa dara secara klinikal sudah terbukti berkesan boleh merawat pelbagai masalah kesihatan. Jadi untuk mendapatkan manfaat yang maksimum, gunakan minyak kelapa dara mengikut keperluan & masalah masing-masalah masing. Sifat minyak kelapa dara yang universal membolehkan semua orang untuk amalkan samaada secara dalaman ataupun luaran.

Penggunaan Minyak Kelapa Dara Melalui Makanan

Cara Menggunakan Minyak Kelapa Dara

Kalau anda bukannya jenis orang yang cerewet dengan rasa minyak kelapa dara, boleh terus amalkan dengan telan secara terus.

Orang Dewasa (13 tahun & keatas)

  • 1-2 camca makan waktu pagi sebelum sarapan
  • 1-2 camca makan selepas makan malam

Kanak-Kanak ( 4-12 tahun)

  • 1-2 camca teh makan waktu pagi sebelum sarapan
  • 1-2 camca teh makan selepas makan malam

Kanak-Kanak ( Bawah 2-3 tahun)

  • 1 camca di dalam susu formula / minuman / makanan seperti nestum

Bayi 5 bulan – 1 tahun

  • 3-4 titik di dalam susu formula / minuman / makanan bayi seperti nestum

7 Cara Penggunaan Minyak Kelapa Dara Melalui Masakan

cara makan minyak kelapa dara vco

Memang tidak dinafikan, walaupun minyak kelapa dara ini mempunyai khasiat yang sangat tinggi, namun bukan semua orang boleh telan kerana baunya seperti kelapa parut. Dan kalau minyak kelapa dara yang cara memprosesnya tidak bagus, kadang-kadang boleh bau tengik yang agak kuat. Jadi untuk elakkan mereka yang alah dengan bau minyak kelapa seperti ibu hamil & mungkin anak-anak kecil anda, gunakan kaedah ini dalam resepi masakan anda di dapur untuk menjadikan penggunaan minyak kelapa dara sebagai amalan harian seisi keluarga

  1. Minyak kelapa dara mempunyai paras suhu untuk menjadi asap yang tinggi. Secara tak langsung sangat sesuai untuk dijadikan sebagai minyak masakan. Mungkin kerana harga minyak kelapa dara yang lebih mahal daripada minyak sawit biasa maka secara kosnya, tidak efektif. Maka, gunakan minyak kelapa dara sebagai pengganti butter/mentega untuk ‘coating’ acuan kek/kuih. Atau gunakan VCO ini untuk masakan yang kurang menggunakan minyak seperti untuk goreng telur dadar & telur mata kerbau.
  2. Campurkan minyak kelapa dara di dalam food precossor / blender ketika kisar makanan atau ketika buat minuman berjus ( smoothie) untuk sumber tenaga tambahan
  3. Campurkan minyak kelapa dara di dalam kopi
  4. Kalau anda suka buat mayonis homemade di rumah, boleh ganti bahan minyak sayuran dengan minyak kelapa dara.
  5. Kalau anda suka buat kek/kuih & selalu guna minyak sayuran, apa kata kali ini guna pula minyak kelapa dara.
  6. Kalau anda suka makan salad, gunakan minyak kelapa dara sebagai ‘dressing’ / ‘topping’
  7. Bagi lelaki yang aktif bersukan, anda boleh gunakan minyak kelapa dara sebagai sumber tenaga di dalam minuman anda. Khasiat minyak kelapa dara untuk lelaki memang sangat banyak bukan sahaja boleh meningkatkan tahap metabolisme badan malah boleh memberi tenaga dalaman yang lebih untuk hubungan suami isteri.

Kalau anda kreatif, banyak lagi cara menggunakan minyak kelapa dara yang boleh anda adaptasikan dalam cara penyediakan & pemakanan seharian anda. Bagi wanita yang hamil & bakal melalui tempoh berpantang, mungkin salah satu cara di atas boleh anda gunakan untuk jadikan minyak kelapa dara sebahagian daripada menu makanan ibu berpantang kelak.

Perlu juga anda tahu, cara penggunakan minyak kelapa dara ketika memasak tidak digalakkan kerana takut hilang zat-zat penting. Sebaiknya untuk badan anda mendapatkan khasiat minyak kelapa dara yang optimum, elakkan guna minyak kelapa dara pada suhu yang tinggi.


5 Cara Penggunaan Minyak Kelapa Dara Secara Luaran

penggunaan minyak kelapa dara

1 . Cara sapuan pada kulit

Bagi yang ada masalah kulit seperti jerawat badan, kesan regangan ( Stretch Mark), cagu tapak kaki & sebagainya, minyak kelapa dara boleh merawat masalah ini dengan berkesan. Penggunaan minyak kelapa dara untuk ibu mengandung sangat popular di Malaysia terutamanya bertujuan untuk mudahkan bersalin & untuk kurangkan kesan ‘Strecth Mark’ selepas bersalin.

  • Boleh digunakan sebagai minyak urut di mana-mana bahagian badan
  • Boleh digunakan untuk luka & cedera ringan
  • Boleh digunakan untuk tumit kaki yang cagu. Para wanita yang suka pakai kasut tumit tinggi, amalkan petua ini.

2 . Cara sapuan pada rambut & kulit kepala

Sesuai untuk mereka yang nakkan kulit kepala & rambut yang sihat. Kesan yang sangat cepat pada mereka yang mempunyai kelumumur.

  • Sapu minyak kelapa dara pada kulit kepala & urut secara perlahan
  • Amalkan 2 kali sehari waktu pagi & malam sebelum tidur

3 . Cara sapuan pada muka & wajah

Sesuai untuk mereka yang ada masalah kulit muka berjerawat & berjeragat. Amalan minyak kelapa dara 100% organik mampu memulihkan kesihatan kulit anda & menjadi awet muda. Untuk merasai sendiri khasiat minyak kelapa dara untuk kulit muka anda, amalkan seperti berikut.

  • Beberapa titis di tapak tangan & urut secara manja di bahagian muka waktu malam sebelum tidur
  • Sesuai juga untuk gunakan minyak kelapa dara (VCO) ini sebagai ‘make up remover’
  • Kalau anda ada jerawat tiba-tiba di muka, sapukan sedikit supaya ianya cepat kecut.

4 . Cara guna untuk mata

Percaya atau tidak, minyak kelapa dara boleh meringankan mata anda yang lesu & sering merah-merah. Kalau anda seorang pekerja pejabat yang selalu mengadap komputer atau pemandu lori yang selalu memandu jauh, boleh amalkan minyak kelapa dara untuk kesihatan mata

  • Titiskan 1-2 titik di dalam mata minyak kelapa dara (pastikan yang 100% organik) waktu pagi & malam.

5 . Cara guna untuk hidung ( rawatan penyakit resdung)

Resdung disebabkan oleh kuman-kuman & bakteria yang ada dalam hidung. Jangan sapu minyak kelapa dara ini di bahagian luar hidung, sebaliknya

  • Titiskan beberapa titik di atas tapak tangan & sedut menggunakan hidung anda ( seperti mengambil wudhuk pada anggota hidung). Amalkan setiap hari pagi & petang

Ramai yang tertanya-tanya, kenapa minyak kelapa dara ada perkataan DARA? Apa beza dengan minyak kelapa biasa? Cara buat minyak kelapa dara adalah berbeza dari segi kualiti minyak kelapa biasa. Ringkasnya, minyak kelapa dara diproses menggunakan teknik ‘cold pressed’ atau sejuk beku supaya keaslian (kedaraan) nutrisi kelapa itu sendiri tidak terjejas. Kebiasaannya minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi berwarna jernih, tidak berbau tengik & mudah meresap apabila di sapu pada kulit.

Akhir kata, semoga cara-cara menggunakan minyak kelapa dara yang dikongsikan di atas memberi anda 1001 idea bagaimana untuk tingkatkan mutu kesihatan hidup anda sekeluarga. Ingat, dapatkan minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi untuk anda amalkan. Harga minyak kelapa dara bukannya mahal & boleh digunakan untuk banyak perkara samaada untuk masakan, kecantikan, ibu hamil & sebagainya.

15 Cara Menggunakan Minyak Kelapa Dara Dalam Kehidupan Seharian
4.9 (97.14%) 7 vote[s]

One Response

  1. Noorsiah dalimi 15/01/2019

Leave a Reply

Share This

Sila Share

Share info ini dengan rakan anda