16 Khasiat Minyak Kelapa Dara Yang Ramai Tak Tahu

Sekiranya anda seorang yang mementingkan kesihatan dalaman & luaran secara tradisional, pasti anda sudah biasa mendengar bermacam kelebihan & khasiat minyak kelapa dara. Sebenarnya, amalan penggunaan minyak kelapa dara bukannya benda baru, dan ianya telah menjadi amalan kesihatan & awet muda di pelbagai negara sejak berkurun lamanya khususnya di Malaysia, Indonesia, India, Brunei & negara timur tengah.

Bahkan, populariti minyak kelapa dara semakin tahun semakin tinggi kerana banyak negara di Eropah & Amerika yang mengakui tentang kehebatan & khasiat minyak kelapa dara atau dikenali VCO ‘virgin coconut oil’ yang terbukti secara klinikal boleh merawat pelbagai jenis penyakit & sangat bagus untuk dijadikan makanan kesihatan secara harian. Kalau orang luar pun kagum dengan pelbagai kebaikan minyak kelapa dara, takkan kita sebagai rakyat tempatan taknak ambil tahu.


Kenapa Orang-Orang Dulu Jarang Terkena Penyakit Kronik ?

Kalau anda perhati orang-orang dulu terutamanya di kawasan kampung, banyak antara mereka yang masih sihat & tidak mempunyai penyakit-penyakit kronik. Atuk nenek kita, kalau dahulunya sudah meninggal dunia, majoritinya meninggal kerana sakit tua & bukannya disebabkan oleh penyakit-penyakit seperti kanser, kegagalan buah pinggang berfungsi, strok, darah tinggi & sebagainya.

Kalau diperhatikan, cara hidup sederhana mereka di kampung sebenarnya menjadi asbab utama kenapa mereka kekal panjang usia tanpa penyakit-penyakit yang sinonim pada hari ini seperti 3 serangkai, jantung, darah tinggi, angin ahmar & sebagainya. Orang dulu-dulu kalau goreng ikan atau ayam, kebanyakannya menggunakan minyak kelapa yang diperbuat secara tradisional. Maklumlah, zaman dahulu mana ada pasaran minyak sawit yang banyak seperti hari ini.

PERSOALANNYA? Walaupun makanan bergoreng tetap menjadi makanan harian, kenapa mereka tak kena penyakit-penyakit pelik? Kekal slim & awet muda. Ini kerana minyak kelapa terbukti boleh menguraikan lemak-lemak tidak baik yang ada pada haiwan. Secara tidak langsung makanan bergoreng yang menggunakan minyak kelapa adalah lebih sihat berbanding makanan bergoreng yang menggunakan minyak sawit biasa.

Itu belum lagi kita cerita zat-zat & khasiat minyak kelapa dara yang terbukti secara saintifik. Jom kita lihat !


16 Khasiat Minyak Kelapa Dara

kebaikan minyak kelapa dara vco

Ramai yang sudah mengamalkan minyak kelapa dara secara harian. Bukan sahaja ianya terbukti berkesan bahkan kosnya juga lebih murah berbanding ubat-ubat klinikal yang lain. Ini dia 16 khasiat minyak kelapa dara (VCO) yang ramai tak tahu:

  1. Memberi sumber tenaga yang cepat
  2. Membantu menurunkan berat badan
  3. Bertindak sebagai antioksidan semulajadi
  4. Menguatkan sistem ketahanan / imun tubuh
  5. Mengurangkan ketegangan urat (gaut) & stroke
  6. Memudahkan proses ibu bersalin
  7. Menyembuhkan tisu & kulit yang cedera & luka
  8. Membantu menjaga kulit agar tetap lembut & halus
  9. Membantu melambatkan proses penuaan & kedutan kulit
  10. Berfungsi sebagai antioksidan
  11. Mengurangkan risiko diserang antheroclerosis & sakit jantung
  12. Menstabilkan paras kolestrol & kadar gula dalam darah
  13. Mencegah terjadikan pembekuan darah
  14. Menguatkan gigi
  15. Meningkatkan kesihatan thyroid
  16. Meningkatkan kemesraan hubungan suami isteri

Fahami Kelebihan Minyak Kelapa Dara Untuk Tubuh Badan

Minyak kelapa dara adalah 100% organik & mempunyai kandungan nutrisi semulajadi yang sangat baik untuk tubuh badan. Proses nak hasilkan minyak kelapa dara bukannya rumit seperti menghasilkan minyak petrol yang memerlukan proses penyulingan berperingkat, pelbagai campuran chemical & teknologi yang canggih. Secara ringkasnya, proses menghasilkan minyak kelapa dara (VCO) ini hanya menggunakan teknik pemanasan & ada juga secara sejuk beku / ‘cold pressed’.

Cara terbaik yang popular pada zaman ini untuk menghasilkan minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi adalah menggunakan kaedah secara sejuk beku / cold pressed kerana tidak menggunakan unsur kimia & haba yang berpotensi tinggi untuk menghilangkan nutrisi penting dalam minyak kelapa dara itu sendiri. Di samping itu, pemilihan jenis kelapa matang yang terbaik juga memainkan peranan yang sangat penting untuk menghasilkan minyak kelapa dara (VCO) yang berkualiti tinggi.

Apa Kata Pakar Kesihatan Dunia Tentang Kebaikan Minyak Kelapa Dara

“ Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat antivirus, anti-bakteria, anti-kulat & anti parasit secara semulajadi yang boleh membantu mengawal pelbagai jenis penyakit” – Dr. Bruce Fife ( Doctor Naturopati USA )

“ Minyak Kelapa Dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. Mengandungi selautan khasiat kesihatan serta khazanah penyelidikan yang sangat berharga. Saya memang sangat berharap agar anda menjadikan minyak kelapa dara sebagai sebahagian daripada pelan pemakanan harian anda” – Dr. John J.Kabara ( Universiti Michigan – USA )

“ Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang paling menyihatkan di dunia” – Dr. Mark Atkinson, Holistic Medical Physician, MBBS Bcs ( Hons ) FRIPHH FCMA BETD SAC DIP ( Clinic Nutrition )

“Malah, manfaat daripada minyak kelapa dara mentah itu mampu menyokong fungsi tiroid, selain membantu mengekalkan dan mengawal berat badan ideal,” – PROF Dr Mohamad Roji Samidi


Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Merawat Masalah Kesihatan

Minyak Kelapa Dara / Virgin Coconut Oil (VCO) mempunyai 1001 manfaat yang ramai tidak tahu. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih 11 kebaikan minyak kelapa dara yang selalu menjadi amalan orang orang dulu.

1 . Rawatan Masalah Rambut Gugur

khasiat minyak kelapa dara vco rambutKhasiat minyak kelapa dara untuk rambut sangat terkenal di India & penggunaan minyak kelapa untuk rambut sudah menjadi tradisi turun temurun di sana. Lihat sahajalah kesihatan rambut kebanyakan wanita di India yang lebat rambutnya & sentiasa kelihatan berkilau. Kandungan asid laurik di dalam minyak kelapa dara membantu memberi kekuatan akar rambat & helaian rambut daripada pecah. VCO juga mempunyai mimic Sebum. Sebum merupakan minyak semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh badan untuk mengelak kulit kepala daripada mengering & juga bertindak sebagai lapisan pelindung rambut untuk mengelakkan rambut daripada rosak. khasiat minyak kelapa dara untuk rambut

Kulit kepala yang mempunyai kadar minyak sebum yang optimum merupakan kunci kepada folikel rambut untuk terus sihat & seterusnya mengurangkan rambut daripada terus gugur. Kandungan antioksidan & nutrien penting ( Vitamin E, Vitamin K & Zat Besi) yang wujud di dalam minyak kelapa dara akan menambahbaik pertumbuhan rambut dari akar. Malah, sifat minyak kelapa dara (VCO) ini yang antibakteria akan mencegah kulit kepala daripada tumbuh fungus & bakteria yang akan membantutkan proses pertumbuhan rambut. Apabila anda urut kulit kepala dengan minyak kelapa dara, secara tidak langsung akan membantu peredaran darah di dalam kulit kepala & secara tak langsung folikel rambut dapat menyerap nutrien penting yang ada di dalam minyak kelapa dara ini.

2 . Rawatan Masalah Kulit

petua kulit lembut vcoKulit merupakan organ tubuh yang terbesar untuk manusia. Kalau bercakap pasal kesihatan kulit, ramai yang terfikir akan losyen atau cream yang sering menjadi pilihan pengguna. Sebenarnya minyak kelapa dara juga mempunyai keistimewaan khas untuk mencantikkan kulit tidak kira untuk tangan atau pun muka. Kebanyakan losyen & krim di pasaran menggunakan minyak mineral & minyak sintetik sebagai base.

Minyak kelapa dara pula tergolong sebagai minyak organik atau untuk senang faham, lebih semulajadi. Di dalam minyak kelapa dara (VCO) mempunyai kandungan lemak yang tinggi untuk membantu merawat kulit dalam keadaan luka, cedera, alahan & juga berkesan untuk merawat jerawat. Samaada anda mengalami masalah kulit tona tidak sekata & gatal-gatal, minyak kelapa dara terbukti boleh merawat masalah-masalah kulit yang sinonim di kalangan orang Malaysia. Khasiat minyak kelapa dara untuk kulit muka juga sangat bagus untuk mengekalkan keanjalan kulit, merawat masalah jerawat & jeragat.

3 . Rawatan Penyakit Resdung

petua merawat resdungSifat minyak kelapa dara ini adalah antibakteria. Tidak hairanlah walaupun minyak kelapa dara yang berkualiti terdedah di udara pada waktu lama, ianya sangat susah nak rosak.Sekitar tahun 60 an, seorang penyelidik dari Universiti Michigan telah mengenalpasti secara saintifik yang minyak kelapa dara mempunya sejenis lemak tepu aktif yang menjadi asbab utama kepada sifat antibakterianya.

Tidak hairanlah, hanya dengan meletakkan beberapa titis minyak kelapa dara di dalam rongga hidung secara konsisten, masalah resdung boleh hilang. Ramai yang salah kerana menggunakan minyak kelapa dara di bahagian luar hidung sedangkan kuman-kuman resdung terletak di dalam rongga hidung.

Ramai yang telah berkongsi pengalaman positif setelah menggunakan minyak kelapa dara dalam merawat masalah resdung.

4 . Rawatan Masalah Tiroid

cara hilangkan sakit tiroidSalah satu manfaat minyak kelapa dara adalah untuk merawat simptom hypothyroidism ataupun tiroid tidak aktif. Hypothyroidism ini terjadi apabila kelenjar tiroid dalam badan tidak menghasilkan hormon yang cukup untuk membolehkan tubuh badan berfungsi secara optimum.

Minyak kelapa dara juga mengandungi sejenis asid lemak yang dipanggil lauric acid yang mempunyai sifat anti-keradangan. Selain itu, minyak kelapa dara juga mengandungi capric acid yang bersifat antiviral & antimicrobial.

Produk minyak kelapa dara yang ada di pasaran terdapat pelbagai bentuk. Salah satu yang popular adalah dalam bentuk softgel. Sebenarnya softgel virgin coconut oil tidak akan membantu secara langsung untuk masalah tiroid, kerana softgel yang ditelan akan terurai di dalam perut. Sebaiknya, ambillah VCO ini dalam bentuk minyak & telan secara terus.

5 . Rawatan Penyakit Jantung

kelebihan minyak kelapa dara jantungRamai yang beranggapan, apa-apa jenis minyak yang dimakan akan meningkat kadar kolestrol dalam darah. Sebenarnya bukan semua jenis minyak yang bersifat sedemikian. Keunikan minyak kelapa dara, ianya sebenarnya adalah baik untuk jantung & juga boleh menurunkan paras kolestrol. VCO mengandungi komposit lauric acid antara 50-70% yang baik untuk melawan masalah kolestrol tinggi & penyakit jantung.

Komposit lemak tepu di dalam minyak kelapa dara tidaklah merbahaya seperti kebanyakan minyak sayuran lain di pasaran. Secara tidak langsung, penggunaan minyak kelapa dara secara konsisten tidak akan menaikkan kadar LDL di dalam badan.

6. Mengurangkan Berat Badan

petua kurangkan berat badan wanitaPerlu anda faham, bukan semua lemak tepu yang dihasilkan adalah sama. Lemak tepu yang berbahaya adalah dalam kategori asid lemak rantaian panjang & bukannya untuk kategori asid lemak tepu rantaian pendek & sederhana. Perlu anda faham, asid lemak TIDAK SAMA dengan lemak. Minyak kelapa dara (VCO) mengandungan asid lemak rantaian sederhana (Medium Chain Fatty Acids) yang bukan sahaja bagus untuk badan, malah sangat baik untuk fungsi otak, fungsi otot ( termasuk otot jantung), merawat, sumber tenaga & sebagainya.

Dengan kesan daripada pemakanan minyak kelapa dara yang akan menstabilkan hormon anda & membantu percernaan, secara tidak langsung akan memberi bentuk tubuh badan yang lebih ideal. VCO juga mempunyai sumber tenaga yang tinggi & khasiat minyak kelapa dara untuk lelaki yang suka main gym memang tidak dinafikan boleh membantu mereka yang ingin kekal bertenaga angkat berat.

7. Mengatasi Masalah Sembelit

sembelit wanita hamilSeperti yang dinyatakan, VCO mempunyai sifat anti mikrob yang boleh membantu menghapuskan pelbagai jenis bakteria, parasit, fungus & kulat yang sering menjadi punca dalam sistem pencernaan.

Sindrom-sindrom yang sering berkaitan dengan percernaan seperti sindrom kerengsaan usus besar boleh ditangani dengan mengamalkan pemakanan minyak kelapa dara. Apabila usus sihat, secara tidak langsung keupayaan menyerap zat-zat makanan seperti mineral, vitamin & asid amino dapat dipertingkatkan untuk kesihatan tubuh anda.

8. Tingkatkan Sistem Imun Badan

penjagaan sistem imum badanKandungan asid laurik di dalam setiap sudu minyak kelapa dara sangat membantu untuk meningkatkan daya tahan sistem umun tubuh badan. Asid laurik ini akan diubah oleh tubuh manusia untuk menjadi monolaurin yang berfungsi untuk melawan bakteria & virus yang boleh menjadi punca kepada penyakit seperti influenze, herpes, cytomegalovirus & sebagainya.

Malahan, penggunaan minyak kelapa dara turut dapat membantu kanak-kanak untuk membesar dengan lebih sihat & mengelakkan jangkitan penyakit yang mudah merebak seperti demam, selsema & sebagainya.

9. Kuatkan Tulang

cara kuatkan tulang semulajadiSistem tulang manusia sangat bergantung kepada pengambilan kalsium. Selain susu, minyak kelapa dara juga mempunyai kandungan kalsium & juga magnesium yang sangat bagus untuk memperkuatkan daya tahan tulang. Di dalam VCO juga terdapat Vitamin D yang dapat membantu membina tulang dan gigi yang lebih sihat & kuat.

Secara tidak langsung, membantu mereka yang mempunyai masalah osteoporosis terutamannya yang sudah berusia.

Apa jua produk yang digunakan untuk kesihatan tulang, bukannya boleh nampak kesan yang ketara dalam masa yang singkat. Anda perlu secara konsisten menamalkan minyak kelapa dara. Selain itu, faktor hidupan seharian seperti kekerapa melakukan senaman & aktiviti lasak turut memainkan peranan penting dalam penjagaan tulang.

 

10. Penjagaan Gigi & Gusi

kesihatan gigi gusi petuaSeperti juga fungsi minyak kelapa dara untuk tulang, gigi juga memerlukan unsur kalsium untuk menjadi gigi anda sihat & kuat. Pengambilan minyak kelapa dara bukan sahaja boleh membatu menyihatkan gigi bahkan boleh merawat masalah sakit gusi.

Sekiranya anda selalu mengalami masalah gigi sensitif & sering gilu apabila makan makanan sejuk, ambil minyak kelapa dara dan berkumur di dalam mulut sebelum telan. Banyak produk minyak kelapa dara yang dihasilkan di dalam soft gel. Sebenarnya pengambilan melalui terus dengan minyak kelapa dara ada lebih bagus kerana minyak akan terkumpul di dalam mulut seterusnya memberi manfaat kepada gigi, gusi & juga tekak.

Sebaliknya, kalau menggunakan softgel, gel yang dimakan akan dihadamkan di dalam perut. Maka minyak kelapa dara tidak dapat hubungan secara langsung dengan gigi & gusi.

11. Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Hamil & Amalan Ibu Berpantang

khasiat minyak kelapa dara ibu hamilPetua-petua orang tua selalu menyarankan untuk mengamalkan pengambilan minyak kelapa dara untuk para ibu yang mengandung. Khasiat minyak kelapa dara untuk ibu hamil memang banyak & sudah ramai yang merasainya sendiri. Bukan sahaja memudahkan ibu untuk melahirkan anak secara normal dengan mudah, malah dapat mengelakkan masalah-masalah lazim untuk ibu mengandung seperti sembelit & ‘stretch mark’.

Selain itu, khasiat ‘virgin coconut oil’ juga sangat bagus untuk merendahkan risiko bayi terkena penyakit kuning. Pengambilan minyak kelapa dara juga boleh diteruskan ketika berpantang samaada secara pemakanan ataupun untuk sapuan di tempat ‘stretch mark’. Ada sesetengah ibu juga yang sudah bersalin akan mengalami ‘stretch mark’ di bahagian payudara. Khasiat minyak kelapa dara untuk payudara juga boleh membantu mendapatkan bentuk yang lebih menarik & struktur yang lebih kenyal. Urutan minyak kelapa dara di bahagian payudara juga akan menghaluskan kulit & secara tidak langsung boleh merata tona kulit tidak sekata. Kebaikan minyak kelapa dara bukan sahaja ketika hamil atau berpantang sahaja malah boleh digunakan sampai bila-bila.


Bagaimana Cara Menggunakan Minyak Kelapa Dara

cara menggunakan minyak kelapa dara

Dipendekkan cerita, minyak kelapa dara merupakan satu jenis makanan kesihatan yang sangat sesuai untuk semua peringkat umur baik untuk bayi sehinggalah kepada yang sudah berusia. Penggunaan minyak kelapa dara bukan sahaja dengan makan secara mentah semata-mata malah boleh digunakan di dalam masakan ataupun minuman.

Untuk mendapatkan kesan baik yang maksimum daripada penggunaan minyak kelapa dara, belilah minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi. Harga minyak kelapa dara di pasaran Malaysia juga tidak mahal seperti di kebanyakan negara pengimport di luar negara. Selamat mencuba.

16 Khasiat Minyak Kelapa Dara Yang Ramai Tak Tahu
4.9 (97.14%) 14 vote[s]

13 Comments

  1. Aisah 15/04/2019
  2. Adnan Ahmad 14/04/2019
  3. lina ashak 13/01/2019
  4. Norbert sabini 23/12/2018
    • Norbert sabini 23/12/2018
    • mat haron 25/02/2019
  5. Falah 18/12/2018
  6. Tok Bern 13/12/2018
  7. Steph 08/12/2018
  8. Faridah 05/12/2018
  9. abd rahim ridwan 20/11/2018
  10. Kent 28/07/2018
  11. Shahira 05/06/2018

Leave a Reply

Share This

Sila Share

Share info ini dengan rakan anda