21+ Jenis Makanan Dalam Pantang Bersalin Normal Yang Ibu MESTI TAHU

Selain penjagaan secara luaran, faktor utama lain yang mesti seorang ibu yang baru bersalin titik beratkan adalah pemakanan. Berikut merupakan 21+ makanan dalam pantang bersalin normal yang setiap ibu mesti tahu. Jangan sesekali mengambil remeh temeh soal bab pemakanan yang boleh memudaratkan tempoh waktu sembuh selepas bersalin.

Cabaran berpantang selepas bersalin normal memang sangat menduga nafsu makan seorang wanita. Mana taknya. Waktu hamil, semua jenis makanan berkhasiat dimakan supaya nutrisi seimbang & memberi pembesaran yang bagus untuk anak dalam kandungan. Bayangkan dalam masa tempoh 9 bulan 10 hari, seorang ibu perlu berkongsi nutrisi dengan baby dalam perut & ketika bersalin pula banyak darah yang hilang serta kudrat yang habis. Secara logiknya, selepas bersalin perlu mengambil sebanyak mungkin makanan yang berkhasiat untuk mengembalikan tenaga tetapi, sebenarnya bukan semua jenis makanan yang boleh dimakan oleh seorang ibu yang berpantang.

Silap pilih makan, badan makin lemau, sembelit makin menjadi-jadi & perasaan sentiasa seram sejuk serta selalu ‘moody’ semacam. Jadi, baca & hadam senarai makanan dalam pantang & juga yang perlu dielakkan selepas bersalin seperti di bawah.


7 Jenis IKAN Yang Perlu Dielakkan Ketika Berpantang

makanan ketika berpantang selepas bersalin

Orang tua-tua atau mak cik bidan selalu cakap, jangan makan ikan ini & itu kerana ‘bisa’. Secara saintifiknya entah bagaimana ikan ini boleh ada bisa apabila orang biasa boleh makan. Tetapi itulah petua yang mesti diikuti mengikut orang tua-tua. Umumnya, bisa yang dimaksudkan mungkin kerana sifat-sifat ikan itu sendiri yang boleh membawa kepada gatal, bentan, tumpah darah & angin dalam badan.

  1. Ikan Sembilang
  2. Ikan Pari
  3. Ikan Patin
  4. Ikan Tongkol
  5. Ikan Cencaru
  6. Ikan Terubuk
  7. Ikan Parang

Selain itu, sekiranya anda suka makanan yang berasaskan ikan seperti keropok, tuna dalam tin, sardin & sebagainya, pastikan ikan yang digunakan bukannya sebahagian daripada jenis ikan di atas. Sebaiknya, untuk makanan ketika berpantang selepas bersalin, elakkan makanan dalam tin atau yang diproses, lebih bagus kalau anda teringin sangat nak makan ikan, beli di pasar & masak sendiri secara sihat.

Jenis ikan yang sangat disyorkan untuk ibu berpantang 44 hari makan

  • Ikan Haruan
  • Ikan Selar
  • Ikan Gelama
  • Ikan Merah
  • Belut

7 Jenis SAYURAN Yang Perlu Dielakkan Ketika Berpantang

makanan berpantang bersalin normal

Sayuran seperti di bawah ini dilarang untuk ibu berpantang ambil. Menurut orang-orang tua, sayuran ini boleh membuatkan ibu & bayi jadi kembung & banyak angin. Selain itu, ada juga sayuran ini yang sifatnya ‘sejuk’ yang boleh membuatkan proses baik luka & koyak menjadi lambat.

  1. Timun
  2. Kubis
  3. Terung
  4. Sayur keladi
  5. Kangkung
  6. Pucuk Ubi
  7. Pucuk Paku & Ubi

Sayuran yang disyorkan untuk ibu berpantang makan

  • Sayur Sawi
  • Lobak Putih
  • Peria
  • Bayam
  • Sayur Brokoli
  • Ulam pegaga

9 Jenis BUAH Yang Perlu Dielakkan Ketika Berpantang

buah boleh makan ibu berpantang

Buah-buahan merupakan sumber gizi yang sangat penting untuk mengembalikan tenaga & memberi zat yang seimbang kepada ibu ketika berpantang. Ada sesetengah buah yang perlu dielakkan ketika berpantang bersifat ‘tajam’ & ada sesetengahnya pula bersifat ‘sejuk’. Sifat-sifat ini tidak membantu untuk mencepatkan proses baik selepas bersalin.

  1. Nenas
  2. Tembikai
  3. Epal hijau
  4. Pisang
  5. Cempedak
  6. Betik
  7. Nagka
  8. Langsat
  9. Betik

Buahan yang disyorkan untuk ibu berpantang makan

  • Buah Oren Manis
  • Kismis
  • Kurma

Jenis MINUMAN Yang Perlu Dielakkan Ketika Berpantang

minuman dalam pantang bersalin

Kekalkan kuantiti air dalam badan pada tahap optimum untuk ibu berpantang supaya badan tidak lemau & susu cukup. Minuman dalam pantang selepas bersalin yang perlu dielakkan seperti berikut:

  • Minuman berkarbonat
  • Air Sejuk & Minuman Berais (sebaiknya berpantang sehingga 100 hari)

*Teh & kopi tidak digalakkan untuk diminum di awal minggu selepas bersalin kerana adanya kafein. Sebaiknya selepas minggu ke 3.

Minuman yang disyorkan untuk ibu berpantang

  • Jus oren manis
  • Air milo/coklat panas
  • Teh dan kopi panas (selepas minggu ke 3)
  • Air rebusan daun sireh + manjakani + campur gula batu
  • Air rebusan kunyit

Jenis Makanan Lain Yang Disyorkan Untuk Ibu Berpantang

Makanan Dalam Pantang

  • Madu
  • Minyak Kelapa Dara
  • Habbatussauda’
  • Susu kambing
  • Halia
  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Ulam-ulaman

Makanan tambahan yang kaya dengan zat & vitamin sangat digalakkan oleh ibu yang berpantang amalkan. Samaada dalam bentuk tablet, kekacang atau cecair, pastikan ianya adalah dari sumber yang boleh dipercayai. Kalau anda ingin amalkan pengambilan madu, pastikan madunya yang berkualiti & asli. Kalau madu yang tidak asli, kandungan gula adalah sangat tinggi. Khasiat makanan kesihatan tempatan lain seperti minyak kelapa dara VCO juga banyak diamalkan oleh ibu yang sedang berpantang samaada untuk kegunaan dalaman mahupun luaran. Bahkan minyak kelapa dara sangat sesuai untuk dijadikan sebahagian daripada menu makanan selepas berpantang 44 hari si ibu kerana ianya terbukti secara saintifik boleh memberi banyak khasiat kepada kesihatan.


Jenis Masakan Yang Disyorkan Untuk Ibu Berpantang

Sifirnya, kurangkan makanan yang bergoreng & berminyak. Sekiranya terliur sangat nak makan benda bergoreng, gunakan minyak goreng yang berkhasiat seperti minyak zaitun ataupun minyak kelapa dara. Sebaiknya, setiap makanan selepas pantang sebaiknya menggunakan kaedah masakan seperti di bawah.

  • Sup
  • Bakar
  • Rebus
  • Steam / Kukus

5 Kuih Muih Untuk Orang Berpantang

kuih muih untuk orang berpantang

Memang tidak dinafikan, tempoh 44 hari untuk berpantang memang agak lama & setiap hari asyik mengadap makanan yang sama boleh juga rasa bosan. Kalau si ibu teringin nak makan manisan & kuih muih, pastikan kuih yang dibuat menggunakan bahan tepung & tiada bahan seperti telur & minyak yang keterlaluan.

Berikut merupakan antara 5 kuih muih untuk orang berpantang makan:

  • Kuih Ladu
  • Kuih Peneram
  • Kaswi
  • Kuih Lapis
  • Bingka Tepung

Tips Mudah Pengambilan Makanan Dalam Pantang Bersalin Normal 44 Hari

Makanan Dalam Pantang Bersalin Normal

Waktu berpantang merupakan waktu yang perlu dititiberatkan oleh ibu untuk mendapatkan kembali bentuk & berat badan asal. Ada orang kata, kalau nak diet, amalkan cara hidup orang berpantang. Ibu yang berpantang digalakkan untuk makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Janganlah sesekali makan nasi sehingga 2-3 pinggan untuk sesuatu masa untuk mengelakkan badan jadi lemau & perut mudah menggeleber.

Pastikan kuantiti air dalam badan cukup. Ramai yang salah anggap, kalau minum air banyak akan membuatkan bahagian bawah wanita berair & basah. Kandungan air dalam badan yang cukup sangat sangat penting untuk ibu supaya kekal bertenaga & susu cukup. Pastikan juga badan kekal panas & hangat. Amalan bertungku juga merupakan salah satu tradisi orang Malaysia ketika berpantang.

Pantang larang selepas bersalin memang sangat menduga nafsu wanita. Makanan dalam pantang bersalin normal sebenarnya banyak pilihan. Kalau nak diikutkan pantang larang makanan,memang sangat banyak. Kalau tidak mahu pening kepala, cari makanan yang boleh dimakan sahaja & buat perancangan setiap hari. Kalau was-was dengan sesuatu jenis makanan, jangan diambil terus. Makanan dalam pantang bersalin pembedahan atau secara normal tidak banyak bezanya, yang penting sebagai seorang ibu anda perlu merancang jadual pemakanan harian terutamanya dalam tempoh 44 hari pertama.

Disclaimer: Info ini berdasarkan amalan orang-orang tua & ada juga research daripada pakar-pakar. 

21+ Jenis Makanan Dalam Pantang Bersalin Normal Yang Ibu MESTI TAHU
4.7 (94.29%) 7 vote[s]

Leave a Reply

Share This

Sila Share

Share info ini dengan rakan anda